Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Mengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul nama Sungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Peranan sungai tersebut yang penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu. Kononnya juga terdapat banyak udang malah juga buaya didalamnya. Diceritakan juga bahawa beberapa kali jugalah jemaah masjid telah bersua dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wudhuk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.

Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun 1810 masihi. [1] Sungai Udang juga pernah terkenal sebagai di antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah di Paya Rumput pada 8 Rejab 1358 bersamaan 12 Ogos, 1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman. [2] Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.

Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik telah diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS: “KUIZ KAHOOT MENGENALI JATA NEGARA MALAYSIA”

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2022

Mewar-warkan kepada peserta kuiz ini akan membantu peserta untuk lebih mengenali lambang-lambang yang terdapat pada Jata Negara Malaysia........baca selanjutnya

KELAS: “PERMAINAN KEYBOARD CHALLENGE”

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Mewar-warkan kepada peserta permainan ‘Keyboard Challenge’ ini akan membantu peserta meningkatkan lagi kemahiran mengingat peserta........baca selanjutnya

KELAS: “BELAJAR MENAIP”

Aktiviti Terkini | 13 November 2022

Mewar-warkan kepada pelajar kepentingan perlunya miliki kemahiran menaip.......baca selanjutnya

KELAS: “BELAJAR JENIS-JENIS ALAT KOMUNIKASI”

Aktiviti Terkini | 10 November 2022

Mewar-warkan kepada pelajar kepentingan adanya alat komunikasi. Media komunikasi ini membantu kelangsungan hidup manusia. ......baca selanjutnya

KELAS: “WORD SEARCH”

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2022

Mewar-warkan kepada pelajar dengan ‘education games word search’ ini akan dapat menguji level kosa kata Bahasa Inggeris pelajar.......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA BUAT SEMAKAN DAFTAR PEMILIH MELALUI MYSPR SEMAK”

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan kemudahan semakan menggunakan aplikasi mudah alih ......baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: “CARA BUAT RESUME MELALUI CANVA”

Aktiviti Terkini | 23 September 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai menggunakan Canva akan memudahkan dan menjimatkan masa seseorang untuk menyiapkan satu resume yang lengkap......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA MUDAH BUAT LINK GOOGLE MEET UNTUK MESYUARAT/KELAS”

Aktiviti Terkini | 17 September 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai menggunakan Google Meet akan memudahkan mereka memulakan mesyuarat/kelas. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google .......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA PERBAHARUI LESEN MEMANDU DI MYEG”

Aktiviti Terkini | 4 September 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa kita boleh memperbaharui lesen memandu di platform MyEG tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama.......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA KIRA JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN DI SHOPEE”

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa kita boleh menyemak jumlah perbelanjaan di dalam aplikasi shopee........baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA UNTUK MENAMBAHKAN KAD TOUCH N GO DALAM APLIKASI TNG EWALLET””

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa setiap akaun Touch N Go eWallet anda boleh menambah maksimum 5 kad TNG. .......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA MUDAH MENGGUNAKAN APLIKASI DULUX VISUALIZER”

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2022

Aplikasi ini hadir dengan teknologi augmented reality untuk memudahkan kamu mengambil gambar dan melihat idea warna baru di ruangan tersebut dengan lebih nyata........baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA DAPATKAN SEMULA KATA LALUAN JIKA TERLUPA”

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa Google Chrome tersedia dengan pelbagai ciri yang dapat memudahkan pengguna dalam pelayaran internet. .......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA MENGAKTIFKAN DISAPPEARING MESSAGES DI APLIKASI WHATSAPP”

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan permesejan WhatsApp telah menambah satu ciri baru dalam aplikasi itu iaitu Mesej Menghilang (Disappearing Messages)........baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA SETTING APLIKASI WAZE UNTUK ELAK KE JALAN YANG TIDAK SELAMAT”

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa aplikasi waze ini boleh di setting untuk mengelakkan seseorang pemandu melalui kawasan seperti berlumpur, jalan tiada tar, mahupun ladang kelapa sawit.......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA MENGGUNAKAN APLIKASI GETCONTACT”

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa aplikasi Getcontact boleh mengenal pasti panggilan yang anda terima daripada nombor-nombor yang tidak didaftarkan dalam kenalan anda.......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “PEMBAYARAN AR RAHNU YAPEIM SECARA ATAS TALIAN”

Aktiviti Terkini | 13 April 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa Ar Rahnu Yapeim Online merupakan perkhidmatan yang menawarkan kemudahan pembayaran secara atas talian bagi jumlah pembiayaan dan upah simpan......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : “TIPS UNTUK KEKAL CERGAS KETIKA BERPUASA”

Aktiviti Terkini | 5 April 2022

Memberikan tips untuk kekal cergas ketika berpuasa kepada komuniti.Hal ini kerana,komunti kurang mengetahui bahawa boleh kekal sihat walaupun tengah berpuasa tanpa memberikan alasan penat ketika berpuasa.Oleh itu,tetap boleh kekal sihat dengan tips yang betul dan pemakanan yang seimbang.......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA TOP UP KREDIT ASTRO NJOI”

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2022

Memberikan tips kepada komuniti yang menggunakan astro njoi......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA TRANSFER DUIT BIGPAY KE DALAM AKAUN BANK”

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa duit di dalam BigPay kini boleh dipindahkan ke dalam akaun bank secara mudah.......baca selanjutnya

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SECARA ATAS TALIAN (ORAE)

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2022

Memperkenalkan penggunaan radio amatur kepada komunti selain daripada digital yang digunakan pada masa kini. ......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA JUAL BALIK EMAS GAP”

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa akaun GAP Public Gold ada menyediakan kaedah menjual semula emas ke Public Gold melalui GAP Buy Back.......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : “DOS PENGGALAK”

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2022

Memberikan pendedahan serta menerangkan dos penggalak kepada komunti.......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA MUDAH ISI HARI DAN TARIKH MENGGUNAKAN EXCEL”

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa Microsoft Excel mampu mengatur data yang bervolume besar ataupun kecil kerana spreadsheet memiliki tampilan grafik yang baik......baca selanjutnya

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SECARA ATAS TALIAN (ORAE)

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2022

Memperkenalkan penggunaan radio amatur kepada komunti selain daripada digital yang digunakan pada masa kini.......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: “TIPS MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA”

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2022

Tujuan adalah melatih komuniti yang baru ingin menjadi usahwan .Selain itu, membantu dari segi etika serta pemasaran kepada komuniti sekiranya ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya.......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA UNTUK TAMBAH NILAI MY WALLET DI HALO”

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa aplikasi Halo Je sudah mempunyai My Wallet sendiri. My Wallet ini akan memudahkan lagi transaksi kita dengan beberapa klik saja pembayaran sudah selesai berbanding menggunakan internet banking......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA TOPUP SHOPEEPAY”

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa kini Shopee ada menyediakan sistem e-wallet atau dompet digital tersendiri .....baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL: “CARA UNTUK BELI EMAS PUBLIC GOLD- GAP”

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2022

Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa beli emas melalui GAP Public Gold.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti