VIDEO TUTORIAL: “CARA MUDAH MENGGUNAKAN APLIKASI DULUX VISUALIZER”

Aktiviti terkini | 17 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa Dulux telah melancarkan satu aplikasi iaitu Dulux Visualizer.
• Dengan adanya aplikasi ini anda dapat mencuba warna cat sebelum membuat keputusan untuk membeli cat tersebut.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aplikasi ini hadir dengan teknologi augmented reality untuk memudahkan kamu mengambil gambar dan melihat idea warna baru di ruangan tersebut dengan lebih nyata.
• Terdapat banyak kombinasi warna yang disyorkan untuk cat yang betul serta diberikan dalam bentuk foto dengan imej sebenar atau tanpa suntingan.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat setempat tidak perlu risau jika tersalah pilih warna cat. Dulux Visualizer mampu membantu anda membuat pemilihan warna yang betul sekaligus menaikkan seri sesuatu ruangan itu.
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat setempat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi membelek katalog cat dalam jangka masa yang lama akibat rambang mata.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :