VIDEO TUTORIAL: “CARA PERBAHARUI LESEN MEMANDU DI MYEG”

Aktiviti terkini | 4 September 2022

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa kita boleh memperbaharui lesen memandu di platform MyEG tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• MyEG adalah syarikat konsesi milik kerajaan Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk membuat perkhidmatan secara online yang berkaitan agensi kerajaan.
• Antara perkhidmatan yang disediakan di MyEG adalah memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, semak dan bayar saman, pembaharuan permit pekerja asing dan pembantu rumah, gantian kad pengenalan dan sebagainya.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat setempat boleh menjimatkan masa, dan tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai ketika ingin memperbaharui lesen memandu.
• Masyarakat setempat tidak perlu lagi keluar rumah, memandu jarak jauh dan menunggu giliran ketika ingin memperbaharui lesen memandu kerana semuanya di hujung jari sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :