PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SECARA ATAS TALIAN (ORAE)

Aktiviti terkini | 15 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu. Oleh itu,orang ramai perlu menduduki peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak MCMC telebih dahulu.

Tujuan :
• Memperkenalkan penggunaan radio amatur kepada komunti selain daripada digital yang digunakan pada masa kini.
• Kepentingan radio amatur kepada komuniti sekiranya negara mennghadapi bencana alam mahupun mendapatkan bantuan sekirangya perlatan digital tidak boleh digunakan.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peperiksaan ini berlangsung selama 4 jam.
• Calon peperiksaan perlu menjawab 100 soalan.
• Calon akan diberitahu semula oleh pegawai MCMC samada berjaya ataupun gagal dalam peperiksaan tersebut untuk melayakan mereka medapat lesen radio amatur.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan komuniti yang minat dalam bidang radio amatur.
• Menambah kemahiran serta ilmu kepada komunti
• Dapat membantu apa jua keadaan serkianya komunti mahir dalam menggunakan radio amatur.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :