VIDEO TUTORIAL: “PEMBAYARAN AR RAHNU YAPEIM SECARA ATAS TALIAN”

Aktiviti terkini | 13 April 2022

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa Ar Rahnu Yapeim Online merupakan perkhidmatan yang menawarkan kemudahan pembayaran secara atas talian bagi jumlah pembiayaan dan upah simpan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Ar Rahnu Yapeim adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan syariah.
• Objektif Ar Rahnu Yapeim adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas.
• Kini Ar Rahnu Yapeim menawarkan perkhidmatan pembayaran secara atas talian untuk pelanggan yang melaksanakan transaksi gadaian.
• Ar Rahnu YaPEIM Online bertujuan memudahkan pelanggan untuk membuat aktiviti pembayaran tanpa sentuh yang mana perkhidmatan ini hanya mengenakan caj perkhidmatan serendah RM 1.50 untuk setiap transaksi pembayaran.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat setempat tidak perlu beratur panjang kerana bayaran ansuran boleh dilakukan secara dalam talian sahaja pada bila-bila masa.
• Masyarakat setempat juga tidak perlu mengambil risiko membawa wang tunai yang banyak untuk membuat bayaran di cawangan Ar Rahnu Yapeim.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :