VIDEO TUTORIAL: “CARA DAPATKAN SEMULA KATA LALUAN JIKA TERLUPA”

Aktiviti terkini | 4 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa Google Chrome tersedia dengan pelbagai ciri yang dapat memudahkan pengguna dalam pelayaran internet.
• Salah satu daripadanya adalah ciri simpanan kata laluan untuk setiap laman web, seperti Facebook atau Jobstreet.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Chrome akan memberikan pilihan kepada anda “adakah anda ingin menyimpan kata laluan” apabila anda login mana-mana laman web.
• Melaluinya, log masuk dapat dibuat dengan lebih pantas kerana kata laluan serta nama pengguna sudah tersedia diisi.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat setempat tidak perlu mengingati semua kata laluan yang ada kerana Google Chrome ada menyediakan ciri yang membantu pengguna untuk menyimpan kata laluan tersebut.
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat setempat menggunakan kaedah ini apabila terlupa,kita boleh dapatkan semula kata laluan yang pernah digunakan sebelum ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :