Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Mengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul nama Sungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Peranan sungai tersebut yang penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu. Kononnya juga terdapat banyak udang malah juga buaya didalamnya. Diceritakan juga bahawa beberapa kali jugalah jemaah masjid telah bersua dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wudhuk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.

Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun 1810 masihi. [1] Sungai Udang juga pernah terkenal sebagai di antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah di Paya Rumput pada 8 Rejab 1358 bersamaan 12 Ogos, 1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman. [2] Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.

Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik telah diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Digi Academy: Digital Literacy Programme’

Berita Terkini | Sepanjang Pertengahan 2018

Merupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.... baca selanjutnya

Gotong-Royong Tahun 2018

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2018

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bahagian dalam dan luar pusat internet... baca selanjutnya

Digi Academy – Design Thinking

Aktiviti Terkini | 16 November 2018

Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan apa itu Digi Academy kepada para peserta yang terlibat... baca selanjutnya

Digi Academy Program

Aktiviti Terkini | 17 - 23 Oktober 2018

Jadual mingguan / masa akan dikongsi oleh pengurus / penolong pengurus ditempatkan di Pusat Internet, dan mereka mempunyai budi bicara mutlak dalam menguruskan masa mingguan berdasarkan keperluan komuniti tempatan dan dengan notis terlebih dahulu kepada penganjur... baca selanjutnya

Program Digi Academy (Arduino) Bersama PIM Terendak Permai

Aktiviti Terkini | 5 - 22 Oktober 2018

Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 Tengahari. Kemudian, di sambung pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Peserta yang terpilih telah hadir mengikut program yang dirancangkan. Peserta adalah di kalangan pelajar sekolah menengah. Program ini berkaitan dengan teknologi arduino dan di bawah program Digi Academy... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan(E-Rezeki)-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 6 September 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat melalui program Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan(E-Rezeki)-Menjana Pendapatan Secara Digital 2

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat melalui program Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan(E-Rezeki)-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat melalui program Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian... baca selanjutnya

Jamuan Raya & Marhaban Bersama Tadika Kemas

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat, untuk memotivasikan pelajar menggunakan komputer serta menguasai teknik menguatkn ingatan(memory power)... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Klebang Besar bersama Pusat Internet Taman Terendak Permai

Aktiviti Terkini | 5 Mei 2018

Hari Terbuka di PI1M Klebang Besar gabungan bersama PI1M Terendak dan bersama dengan komuniti tempatan bagi menjayakan Hari Terbuka ini. Diadakan juga aktiviti-aktiviti menarik untuk semua golongan komuniti seperti sukaneka, Klik Dengan Bijak, Cabutan Bertuah dan aktiviti dari pihak Digi... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan( E-Rezeki )-Menjana Pendapatan Secara Digital 3

Aktiviti Terkini | 10 & 24 April 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara PI1M dengan komuniti setempat dan melalui Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan( E-Rezeki )-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 14 - 15 & 24 Mac 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara PI1M dengan komuniti setempat dan melalui Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan... baca selanjutnya

Class E-Learning

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2018

Boeh mengeratkan hubungan antara PI1M dengan komuniti setempat dan membantu murid meningkatkan pengetahuan komputer dan memupuk sikap positif terhadap ict dan perkomputeran... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan(E-Rezeki)-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 17 & 25 Januari 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara PI1M dengan komuniti setempat. Melalui e-rezeki ini, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.... baca selanjutnya