VIDEO TUTORIAL: “CARA MENGAKTIFKAN DISAPPEARING MESSAGES DI APLIKASI WHATSAPP”

Aktiviti terkini | 4 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan permesejan WhatsApp telah menambah satu ciri baru dalam aplikasi itu iaitu Mesej Menghilang (Disappearing Messages).
• Dengan fungsi ini, sebarang mesej yang dihantar ke pihak individu atau berkumpulan boleh dipadamkan secara automatik mengikut durasi yang dipilih.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Fungsi ini boleh dihidupkan oleh pihak penghantar mesej atau penerima mesej bagi permesejan secara individu.
• Dalam sembangan berkumpulan pula, hanya pentadbir kumpulan yang boleh menghidupkan fungsi Mesej Menghilang.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat setempat tidak perlu bersusah payah memadam mesej yang lama untuk menjimatkan ‘storage’ telefon bimbit.
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat setempat menggunakan kaedah ini terutama buat mereka yang ‘stuck’ dalam satu ‘group’ yang suka berborak panjang atau forward isu-isu yang tak berkenaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :