INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Sungai Udang adalah sebuah perbandaran yang semakin pesat membangun di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Kedudukannya yang amat strategik, terletak di antara laluan persekutuan utama menghubungkan Bandar Melaka dan Masjid Tanah.

Sungai Udang dikelilingi dengan beberapa kawasan penempatan seperti kampung Paya Rumput Jaya, Bertam Ulu, Pantai Kundor dan Tangga Batu. Kem Terendak yang merupakan kem tentera yang di bina sepenuhnya kerajaan komonwel di Malaysia juga terletak di Sungai Udang. Sungai Udang juga dikenali sebagai "Home of the Commandos" kerana di sinilah bermulanya sejarah Regimen Gerak Khas iaitu sebuah pasukan komando elit Angkatan Tentera Malaysia.

Di dalam Rancangan Malaysia Ketiga(1976-1980) serta proses memperkasakan angkatan tentera, Pusat Latihan Peperangan Khas(Special Warfare Training Centre) telah ditubuhkan di Sungai Udang. Masih kekal dengan fungsinya melatih anggota komando yang siap siaga serta mahir melakukan aktiviti di udara, di dalam laut dan tentunya di darat hingga ke hari ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lanskap pembangunan Sungai Udang semakin pesat berubah dengan terbina dan bermulanya operasi Loji Penapisan Kedua Petronas Fasa I dan Fasa II(PSR I & PSR II) yang merupakan antara yang terbesar seumpamanya di sebelah pantai barat. Fasa III masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2012.

Pelabuhan Sungai Udang yang dikendalikan Petronas Sungai Udang Port Sdn Bhd juga telah memperkenalkan lagi nama Sungai Udang di peta maritim antarabangsa.

Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang yang baru dibina juga bakal menjadi salah satu mercu tanda baru bagi bandar kecil yang serba lengkap ini.

Balairaya Taman Terendak Permai, Tmn Terendak Permai, Sg Udang 76300 Melaka 

Mukim : Sg Udang 
Daerah :  Alor gajah
Negeri : Melaka
Koordinat:   2°17'02.2"N 102°07'43.9"E



MOTTO
"Bersatu Teguh" (Firmly United)
PROFIL KAMPUNG
Nama Kampung: Sungai Udang
Keluasan Kampung: 32.16 hektar
Bilangan Penduduk: 3000 orang
Bangsa: a). Melayu(2780 orang)
b). Cina(200 orang)
c). Lain-lain(20 orang)

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Hutan Rekreasi Sungai Udang

Melaka Tropical Fruit Farm

Kelab Golf Bukit Terendak

Perkuburan Tentera Kem Terendak

Penjara Sungai Udang


Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Daftar kemudahan awam & projek pembangunan yang tersedia di Sungai Udang bagi meningkatkan kualiti hidup serta memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada seluruh penduduk dan kawasan sekitarnya:

Agensi Kerajaan:
• Balai Polis Sungai Udang
• Pejabat Bomba Dan Penyelamat, Kem Terendak
• Kem Terendak
• Kem Sungai Udang, Pusat Latihan Peperangan Khas (PULPAK)
• Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang
• Pejabat Pos Malaysia Bhd.
• Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan, Sungai Udang
• Kompleks Teknologi Pertanian Sungai Udang(KTPSU), Jabatan Pertanian
• National Institute Of Occupational Safety And Health Malaysia(NIOSH), Plaza Sungai Udang
• Ladang Satelit(MTFF) Sungai Udang
• Setor RISDA Sungai Udang
• Petronas Penapisan(Melaka) Sdn. Bhd., Sungai Udang
• Sungai Udang Port

Agensi Swasta:
• Koperasi Angkatan Tentera, Taman Desa Taming Sari

Senarai Kemudahan Awam:
• Dewan Kompleks JAPERUN, Sungai Udang
• Kolam Renang Olimpik, Kem Terendak

Pusat Kesihatan:
• 94 Hospital Angkatan Tentera(ATM), Kem Terendak
• Pusat Kesihatan Kecil(PKK) Sungai Udang
• RSAT Kem Gerakhas, Sungai Udang
• Pusat Pergigian Angkatan Tentera(ATM), Kem Terendak

Klinik / Poliklinik Swasta:
• Klinik Wira Medik Sdn Bhd, Plaza Sungai Udang
• Poliklinik Keluarga Dan Surgeri
• Klinik Keluarga Dr. Zulinda
• Poliklinik Bintang Mas, Bandar Baru Sungai Udang

Farmasi:
• Farmasi Seraya, Taman Desa Taming Sari

Internet Jalur Lebar:
• Sehingga April 2010, hanya Celcom dan Maxis sahaja yang mempunya isyarat HSDPA dan UMTS.
• Digi - Isyarat EDGE
• Isyarat jalur lebar streamyx tidak terdapat di Kem Terendak sahaja.

GPS:
• Sistem GPS bergrafik yang menyokong sepenuhnya lokasi Sungai Udang ialah Garmin.

Masjid:
• Masjid Sungai Udang
• Masjid Paya Rumput Jaya
• Masjid As Shuhada Kem Terendak
• Masjid Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang

Surau:
• Surau Al-Amin Sungai Udang
• Surau Nurul Iman Sungai Udang
• Surau Al-Hidayah, Taman Peruna Sungai Udang
• Surau Al-Tariqiah Sungai Udang
• Surau Flat Tentera, Taman Desa Taming Sari (TDTS), Sungai Udang
• Surau An-Nur, Taman Desa Taming Sari (TDTS), Sungai Udang
• Surau Al-Munawarah, Taman Terendak Permai, Sungai Udang
dan surau-surau yang terdapat di dalam Kem Terendak.

Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Pertama ditubuhkan di Sungai Udang ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Udang yang dibina oleh pihak pentadbiran British pada tahun 1 Januari, 1908 dan mula digunakan pada bulan November tahun yang sama. Berikut adalah daftar institusi pendidikan lain yang dibina di sekitar Sungai Udang.

Sekolah Kebangsaan & Jenis Kebangsaan:
1). Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Tahun 1908, MBA2027
2). Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas, Tahun 1979, MBA2038
3). Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1, Tahun 1960, MBE0045
4). Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II, Tahun 1995, MBA0042
5). Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang, Tahun 1953, MBC2080

Sekolah Menengah Kebangsaan:
1). Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang, Tahun 1981, MEA0100
2). Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Tahun 1965, MEE0094
3). Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak, Tahun 1983

Sekolah Agama:
1). Tadika JAIM An-Nuriah, MAA2002
2). Tadika JAIM Kem Terendak, MAA2007
3). Sekolah Rendah Agama JAIM An-Nuriah, MYA2006
4). Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Gerak Khas, MYA2028
5). Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Terendak 1, MYA2030
6). Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Terendak 2, MYA2031
7). Sekolah Rendah Agama JAIM Sungai Udang, MYA2049
8). Sekolah Menengah Arab JAIM al-Mahdi, MXT2001

Kisah Kejayaan

Endang Sri Astuti Binti Sugianto
Celik IT

Umur:
25 tahun

Keahlian NADI:
5/8/2016

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana muda kepujian pentadbiran (pengurusan teknologi). Beliau juga merupakan anak pertama dari 6 orang adik beradik. Beliau juga selalu hadir ke pusat internet ini untuk mengemaskini resume dan mencari pekerjaan yang terkini. Di samping itu juga, beliau sering menghadiri kelas-kelas yang di adakan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum ini, beliau sering menggunakan computer riba sebagai alat yang mudah di rumah. Dan sejak penubuhan pusat ini, dan perkhidmatan WK komuniti yang percuma semuanya menjadi dengan lebih mudah dan jimat. Beliau selalu menggunakan perkhidmatan yang diberikan dengan mudah dan pantas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau akan menghabiskan masa yang ada untuk menyertai menyertai kelas asas komputer pada setiap minggu. Didalam kelas ini saya diajar mengenai asas komputer terutamanya Microsoft Office. Banyak sebenarnya yang masih saya tidak tahu dan di dalam kelas ini saya diajar dengan terperinci lagi. Ini membuatkan saya begitu tertarik dan minat untuk menghadiri lagi kelas ini.

Apa yang dipelajari melalui NADI:
- Belajar menaip dengan pantas.
- Mempelajari Ms.Office Word, MS. Excel, MS. Powerpoint.
- Membuat “slide powerpoint” dan membentangkan di hadapan kelas.
- Mempelajari Muat Turun Software Adobe Photoshop.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Endang Sri Astuti Binti Sugianto:

Kelas Video yang sedang dijalankan


Produk / Hasil Transformasi

Keusahawanan

Tajul Rusydi Akasyah Bin Abd Aziz
Keusahawanan

Email:
tapaisarimah@gmail.com

Website:
www.tapaipulutsarimah.com

No. Telefon:
06-385 3041

Alamat:
Lot 7129A, KG Air Hitam Pantai, Tg Bidara, 78300 Masjid Tanah Melaka

Keahlian PEDi:
20/5/2016

Nama Perniagaan:
Perusahan Makanan Dan Pengawetan Istimewa

Jenis Perniagaan:
Pembuatan Makanan(Tapai Pulut Sarimah)

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan Instagram
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Mengapa kisah ini dipilih:
Mempunyai pontesi untuk maju pada masa akan datang, di samping itu produk ini boleh dijadikan sebahagian daripada produk pelancongan negeri Melaka.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Tajul Rusydi Akasyah Bin Abd Aziz:

Pengurus tiba di kilang tapai pulut sarimah iaitu rumah beliau sendiri di masjid tanah


Pengurus menemu ramah dengan anak beliau sendri iaitu Encik Tajul Rusydi Akasyah Bin Abd Aziz yang terdiri dari 4 orang adik beradik. Beliau merupakan anak tunggal lelaki kepada Puan Sarimah Rasyid


Tapai pulut ini telah beroperasi selama 18 tahun dan pada mulanya secara kecil-kecilan sahaja. Tapai pulut ini menjadi salah satu produk pilihan pada majlis perkahwinan, majlis keraian, dan sesuai dijadikan hadiah untuk orang yang duduk di luar kawasan Melaka. Produk ini juga telah di pasarkan di supermarket besar seperti Mydin di MITC Melaka. Produk ini dihasilkan melalui pengawetan istimewa iaitu sebelum dipasarkan tapai ini masih lagi melalui pengawetan selama beberapa hari. Produk ini juga sesuai untuk pengeposan ke luar Melaka misalnya Johor Bahru dan sekitar Malaysia.


Berhadapan dengan kawasan rumah beliau, produk ini dihasilkan di kilangnya dengan beberapa staff dan pekerjanya. Pekerja diwajibkan untuk memakai topeng muka demi menjaga kualiti dan kebersihan produknya. Produk ini juga amat sensitif dan tidak dibenarkan orang luar mengambil gambar di dalam kilang.

Selain dari pengawetan tapai, tapai ini juga boleh dijadikan snek pilihan dan dicampur dengan aiskrim vanilla diselaputi toping istemewa. Selain enak dan rasa yang sedap, ini boleh dijadikan snek di kala petang dan santai aktiviti riadah. Produk ini dijadikan alternative lain selain makan begitu sahaja.


Carta organisasi/sijil/tempat pembuatan