VIDEO TUTORIAL: “CARA JUAL BALIK EMAS GAP”

Aktiviti terkini | 10 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa akaun GAP Public Gold ada menyediakan kaedah menjual semula emas ke Public Gold melalui GAP Buy Back.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Emas yang terkumpul dalam akaun GAP boleh dijual secara online, boleh dipajak secara online, boleh dipindah iaitu transfer ke PG Mall untuk membeli pelbagai barangan dan emas perhiasan 916 dan sebagainya.
• Jika belum mengeluarkan emas fizikal, anda boleh terus menjual emas GAP dan mendapatkan tunai. Public Gold akan membeli balik emas GAP anda mengikut harga emas semasa.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat setempat tidak perlu ke cawangan Public Gold untuk menjual semula emas tersebut. Semua transaksi boleh dilakukan secara dalam talian sahaja.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :