Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul nama Sungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Peranan sungai tersebut yang penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu. Kononnya juga terdapat banyak udang malah juga buaya didalamnya. Diceritakan juga bahawa beberapa kali jugalah jemaah masjid telah bersua dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wudhuk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.
Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun 1810 masihi. [1]
Sungai Udang juga pernah terkenal sebagai di antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah di Paya Rumput pada 8 Rejab 1358 bersamaan 12 Ogos, 1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman. [2]
Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.
Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik telah diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024ICT (MICROSOFT POWER POINT) – MEMBUAT SLIDE PRESENTATION
Aktiviti Terkini | 18 Disember 2023Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai...baca selanjutnya
ICT (MICROSOFT OFFICE PAINT) – MENCIPTA BENDERA PALESTINE
Aktiviti Terkini | 8 November 2023Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai...baca selanjutnya
SOFT SKILL – TEKA PERBUATAN
Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2023Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai...baca selanjutnya
STEM – AISKRIM GONCANG
Aktiviti Terkini | 20 September 2023Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai. Projek ini merupakan suatu teknologi asas iaitu dengan membekukan aiskrim dengan menggunakan garam dan ais...........baca selanjutnya
SOFT SKILL - PADANKAN GAMBAR DAN NAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2023Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehingga kini.............baca selanjutnya
BELAJAR CARA MENAIP JAWI DI MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 6 Julai 2023Memberi pendedahan mengenai huruf jawi sebagai salah satu medium komunikasi............baca selanjutnya
KELAS: “MARI MENGENAL NOMBOR”
Aktiviti Terkini | 3 Jun 2023Memberi pendedahan kepentingan mengira kepada pelajar sekaligus dapat menguji kepantasan dan kecekapan mereka mengira nombor...........baca selanjutnya
KELAS: “ABCYA MATH STACK”
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023Memberi pendedahan kepentingan mencongak kepada pelajar walaupun perkembangan teknologi berkembang dengan pesat pada waktu ini. ..........baca selanjutnya
KELAS: “KEMAHIRAN MENCONGAK”
Aktiviti Terkini | 1 April 2023Memberi pendedahan kepentingan mencongak kepada pelajar walaupun perkembangan teknologi berkembang dengan pesat pada waktu ini. ..........baca selanjutnya
KELAS: “MICROSOFT PAINT MELUKIS DAN MEWARNA”
Aktiviti Terkini | 2 Mac 2023Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan Micosoft Paint serta mencungkil bakat pelajar sekaligus dapat meningkatkan kemahiran ICT yang lain..........baca selanjutnya
KELAS: “MORPH TRANSITION DALAM POWER POINT”
Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023Mewar-warkan kepada pelajar bahawa jika ingin mendapatkan gambar perpindahan sesuatu objek secara halus dengan efek animasi, pelajar bolehlah menggunakan efek transisi Morph.........baca selanjutnya
KELAS: “PERMAINAN JIGSAW PUZZLE”
Aktiviti Terkini | 8 Januari 2023Mewar-warkan kepada pelajar bahawa permainan puzzle merupakan permainan dengan cara menyusun gambar. ........baca selanjutnya
KELAS: “BELAJAR MENGENAI KITAR PERANTI LAMA NAFAS BARU”
Aktiviti Terkini | 7 Januari 2023Mewar-warkan kepada pelajar bahawa peranti elektronik lama mengandungi bahan toksik ........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya