KELAS: “BELAJAR MENGENAI KITAR PERANTI LAMA NAFAS BARU”

Aktiviti terkini | 7 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
“Pusat Ekonomi Digital PEDi Taman Terendak Permai”

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pelajar tentang amalan mengitar semula peranti elektronik yang tidak digunakan lagi.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada pelajar bahawa peranti elektronik lama mengandungi bahan toksik seperti plumbum, merkuri, kadmium dan kromium. Maka bahan tersebut perlu melalui pemprosesan yang betul bagi memastikan bahan ini tidak dilepaskan ke alam sekitar.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kita perlu menguruskan sisa pepejal dengan sebaiknya kerana ledakan pertumbuhan dalam industri elektronik, digabungkan dengan kitaran hayat produk yang pendek telah membawa kepada peningkatan pesat dalam penjanaan sisa pepejal.
• Program ini merupakan berita baik kepada orang ramai kerana masih ramai pengguna yang tidak pasti cara untuk melupuskan komputer lama, telefon pintar atau peranti elektronik lain dengan selamat.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat menyahut seruan kerajaan untuk melakukan kitar semula bahan elektronik. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan pencemaran sisa e-waste yang berlaku di negara ini.
• Petugas PEDi dapat membantu pelajar mengitar semula sisa elektronik di tempat yang betul dan mereka tidak perlu lagi mengumpul sisa elektronik tersebut di dalam rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :