Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul nama Sungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Peranan sungai tersebut yang penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu. Kononnya juga terdapat banyak udang malah juga buaya didalamnya. Diceritakan juga bahawa beberapa kali jugalah jemaah masjid telah bersua dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wudhuk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.
Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun 1810 masihi. [1]
Sungai Udang juga pernah terkenal sebagai di antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah di Paya Rumput pada 8 Rejab 1358 bersamaan 12 Ogos, 1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman. [2]
Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.
Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik telah diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024MENGENAL KOMPUTER SERTA ASAS MENAIP
Aktiviti Terkini | 9 - 11 Disember 2020Objektif Program ini adalah untuk menyokong belia mengenai kemahiran membaca secara digital melalui bilik darjah yang dijalankan (selepas waktu persekolahan) dalam mengenalpasti pusat-pusat internet Digi-dikendalikan ("Pusat Internet"). The program akan berlabuh di STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) dan masa depan modul kemahiran...baca selanjutnya
LIVE STREAMING VIDEO KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 13 NOVEMBER 2020Mengeratkan Hubungan Antara Pim Dengan Komuniti Setempat....baca selanjutnya
TUTORIAL VIDEO MENAIP SURAT RASMI DI DALAM MICROSOFT OFFICE
Aktiviti Terkini | 13 NOVEMBER 2020Objektif Program ini adalah untuk menyokong belia mengenai kemahiran menaip surat rasmi secara digital dan menyahut cabaran yang untuk mengajar di alam maya....baca selanjutnya
KURSUS KEUSAHAWAN PENGENALAN PLATFROM SHOPEE 2.0
Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2020Memperkenalkan platform digital untuk mengetengahkan produk usahwan tersebut untuk lebih lagi jauh bersaing dengan produk lain yang berada di dalam pasaran.....baca selanjutnya
MEMPERKENALKAN ASAS SOFWARE MICROSOFT OFFICE
Aktiviti Terkini | 10 - 11 Oktober 2020Objektif Program ini adalah untuk menyokong belia mengenai kemahiran membaca secara digital melalui bilik darjah yang dijalankan (selepas waktu persekolahan) dalam mengenalpasti pusat-pusat internet Digi-dikendalikan ("Pusat Internet"). ...baca selanjutnya
KURSUS KEUSAHAWAN PENGENALAN PLATFROM SHOPEE 1.0
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2020Menanam sikap menjadi ushawan yang serba boleh serta mempunyai ilmu dalam mengembangkankan sesuatu perniagaan....baca selanjutnya
PENGENALAN PLATFROM SHOPEE KEPADA USAHAWAN
Aktiviti Terkini | 14 September 2020Memperkenalkan platform digital untuk mengetengahkan produk usahawan tersebut untuk lebih lagi berdaya saing dengan produk lain yang berada di dalam pasaran...baca selanjutnya
MENGENAL KOMPUTER & ASAS MENAIP
Aktiviti Terkini | 8 & 9 Ogos 2020Perkembanagan dan perubahan teknologi maklumat bergerak sangat pantas di dalam peredaran zaman dan tidak mahu generasi muda sekarang ketinggalan dengan negara-negara lain yang sedang pesat membangun dengan teknologi yang baru serta canggih....baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK & KURSUS KEUSAHAWANAN
Aktiviti Terkini |16 Julai 2020Mengeratkan Hubungan Antara Pi1m Dengan Komuniti Setempat ...baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK SK KLEBANG BESAR
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2020Mengeratkan Hubungan Antara Pi1m Dengan Komuniti Setempat....baca selanjutnya
ASAS KOMPUTER – 3D SKETCH UP
Aktiviti Terkini | 7 & 8 Februari 2020Program ini akan distrukturkan sebagai kursus 4 bulan, dengan minimum 2 jam seminggu kelas yang akan dijalankan di Pusat Internet....baca selanjutnya
ASAS KOMPUTER – 3D SKETCH UP
Aktiviti Terkini |31 Januari 2020Program ini akan distrukturkan sebagai kursus 4 bulan, dengan minimum 2 jam seminggu kelas yang akan dijalankan di Pusat Internet....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya