KELAS: “KEMAHIRAN MENCONGAK”

Aktiviti terkini | 1 April 2023

Tempat Aktiviti:
“Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai”

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pelajar tentang kelebihan mencongak dalam kehidupan seharian.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepentingan mencongak kepada pelajar walaupun perkembangan teknologi berkembang dengan pesat pada waktu ini.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Perkataan congak dalam kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud hitungan yang dibuat dalam kepala iaitu tidak dengan menulis pada kertas atau tidak dengan menggunakan alat pengira.
• Kemahiran mencongak juga dikenali sebagai pengiraan mental aritmetik. Aritmetik ialah sains tentang nombor di mana ia melibatkan proses tambah, tolak, bahagi dan darab.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PEDi dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran mencongak sekaligus membantu menguatkan daya ingatan dan menajamkan fikiran pelajar.
• Petugas PEDi dapat membantu menghindarkan perasaan takut pelajar terhadap subjek matematik sekaligus memandang positif terhadap subjek tersebut.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :