Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Mengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul nama Sungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Peranan sungai tersebut yang penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu. Kononnya juga terdapat banyak udang malah juga buaya didalamnya. Diceritakan juga bahawa beberapa kali jugalah jemaah masjid telah bersua dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wudhuk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.

Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun 1810 masihi. [1] Sungai Udang juga pernah terkenal sebagai di antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah di Paya Rumput pada 8 Rejab 1358 bersamaan 12 Ogos, 1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman. [2] Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.

Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik telah diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Gotong Royong, Pendaftaran Erezeki , & E-Learning( Games Online )

Aktiviti Terkini | 30 Disember 2017

Dapat meningkatkan kecerdasan visual-ruang dan interpersonal dan membina sikap sabar/focus... baca selanjutnya

Kursus Keusahawanan 2 ( E-Rezeki )-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 13 November 2017

E-rezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan... baca selanjutnya

Kursus Keusahawanan( E-Rezeki )-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2017

Dapat mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat. Dalam Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Selain itu, dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan... baca selanjutnya

Merwarna sempena Hari Kemerdekaan bersama Tabika Kemas

Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2017

Untuk mendedahkan aktiviti pembelajaran melalui kertas lukisan serta menerapkan kepentingan hari kemerdekaan kepada kanak-kanak... baca selanjutnya

Classroom Learning in Kahoot Apps bersama Ahli Pi1M

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2017

Dapat mendedahkan aktiviti pembelajaran melalui kuiz digital, menerapkan fungsi-fungsi kahoot apps kepada ahli PI1M, mendedahkan ahli pi1m kepada digital online... baca selanjutnya

Video Raya bersama Ahli PI1M

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Bertujuan untuk menyahut cabaran serta galakan untuk membuat video dengan lebih baik.... baca selanjutnya

E-learning Apps bersama Kanak-kanak Tadika Kemas

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2017

Bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak mengenal peralatan dari computer dan IT... baca selanjutnya

ITU Article on Malaysia's ICT environment visit to PI1M Terendak Permai

Aktiviti Terkini | 4 April 2017

I.T.U mengadakan lawatan untuk membuat artikel berkenaan PI1M dan pusat internet desa... baca selanjutnya

Penjenamaan produk makanan Malaysia melalui Microsoft Power Point

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2017

Program ini bertujuan untuk memperkenal dan memperkukuhkan penjenamaan produk makanan Malaysia dan untuk... baca selanjutnya

Klik dengan Bijak dan Aktiviti 'Coloring Online' bersama Taska Kemas

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah diantara staf PI1M dengan Taska Kemas serta membuat aktiviti 'coloring online'...baca selanjutnya

Pengumpulan Mobile E-Waste

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Untuk makluman semua, Pusat Internet 1Malaysia seluruh malaysia adalah pusat pengumpulan dan perlupusan barang-barang elektronik yang tidak digunakan. Oleh itu, jika ada barangan yang tidak terpakai bolehlah datang ke Pusat Internet 1Malaysia Terendak Permai untuk dihantar ke pusat perlupusan yang betul. Di samping menjadikan persekitaran kita selamat dan lebih bersih... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Terendak Permai ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Terendak Permai seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya