KELAS: “ABCYA MATH STACK”

Aktiviti terkini | 20 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
“Pusat Ekonomi Digital PEDi Taman Terendak Permai”

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pelajar tentang seberapa pantas kita dapat menyelesaikan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepentingan mengira kepada pelajar sekaligus dapat menguji kepantasan dan kecekapan mereka mengira nombor.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pelajar dikehendaki untuk membuat aktiviti operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi.
• Sekiranya peserta gagal untuk menjawab soalan yang diberikan, peserta dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan kuiz berkaitan tentang asas komputer.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar akan lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan matematik walaupun menghitung nombor secara mencongak sahaja.
• Petugas PEDi dapat membantu menghindarkan perasaan takut pelajar terhadap subjek matematik sekaligus memandang positif terhadap subjek tersebut.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :