Kursus Keusahawanan( E-Rezeki )-Menjana Pendapatan Secara Digital

26 Oktober 2017 | Khamis
2.30 petang - 6.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Taman Terendak Permai, Melaka

Tujuan:
• Mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat.
• Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.
• Erezeki adalah inisiatif digital malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Dengan erezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.

Kelebihan Aktiviti:
• Program erezeki bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima br1m untuk menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang¬peluang pendapatan secara digital.
• Program erezeki diperkenalkan bagi membolehkan rakyat terutama daripada kumpulan isirumah berpendapatan rendah untuk mendapat kesedaran, pengetahuan dan seterusnya mengambil peluang ini. Secara ringkas, pihak kerajaan mahu memastikan rakyat disegenap peringkat dapat mengambil manfaat daripada hasil pelaburan dan pembangunan infrastruktur ICT.

Penglibatan:
Pelajar Giat Mara Masjid Tanah.

Aktiviti Sokongan:
Klik dengan Bijak Talk.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan: