Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Mengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul nama Sungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Peranan sungai tersebut yang penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu. Kononnya juga terdapat banyak udang malah juga buaya didalamnya. Diceritakan juga bahawa beberapa kali jugalah jemaah masjid telah bersua dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wudhuk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.

Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun 1810 masihi. [1] Sungai Udang juga pernah terkenal sebagai di antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah di Paya Rumput pada 8 Rejab 1358 bersamaan 12 Ogos, 1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman. [2] Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.

Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik telah diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SOFT SKILL – KIPAS TANGAN MERDEKA

Aktiviti Terkini | 6 September 2024

Menilai tahap kreativiti pelajar dalam penghasilan sesuatu projek.....baca selanjutnya

ICT – MENAIP CERITA PENDEK

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2024

Peserta diberi taklimat berkaitan penggunaan microsoft word dan diberikan satu cerita pendek untuk ditaip dengan betul dan mengikut masa yang telah diperuntukkan....baca selanjutnya

ICT – CARA BUAT PETA LOKASI

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2024

Peserta diberi taklimat berkaitan penggunaan microsoft power point dan cara-cara untuk memuat turun gambar dan menyimpan di dalam folder untuk dimasukkan ke dalam lakaran peta di power point...baca selanjutnya

ICT – AUTOSUM DI EXCEL

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2024

Peserta diberi taklimat berkaitan penggunaan microsoft excel dan cara-cara untuk membentuk formula sum di excel....baca selanjutnya

ICT – 3D MODEL DI POWER POINT

Aktiviti Terkini | 16 Mei 2024

Peserta diberi taklimat berkaitan penggunaan power point serta cara-cara untuk menggunakan fitur 3D models....baca selanjutnya

ICT – CARA MEMBUAT SPIN GAME DI POWER POINT

Aktiviti Terkini | 26 April 2024

Peserta diberi taklimat berkaitan penggunaan power point serta cara-cara untuk menghasilkan permainan power point interaktif dengan menggunakan animasi yang sesuai....baca selanjutnya

ICT – CARA BINA MEMORY GAMES DALAM POWER POINT

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2024

Peserta diberi taklimat berkaitan penggunaan power point serta cara-cara untuk menghasilkan games dengan menggunakan animasi yang sesuai....baca selanjutnya

SOFT SKILL – MAZE PUZZLE

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2024

Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai...baca selanjutnya

STEM – BINA MENARA LIDI

Aktiviti Terkini | 4 Januari 2024

Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti