KELAS: “MORPH TRANSITION DALAM POWER POINT”

Aktiviti terkini | 11 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
“Pusat Ekonomi Digital PEDi Taman Terendak Permai”

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Taman Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pelajar tentang kelebihan menggunakan Morph Transition dalam slide ketika menggunakan Power Point.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada pelajar bahawa jika ingin mendapatkan gambar perpindahan sesuatu objek secara halus dengan efek animasi, pelajar bolehlah menggunakan efek transisi Morph.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pelajar akan diminta untuk “duplicate” slide, kemudian pindahkan objek pada slide yang kedua di tempat yang berbeza.
• Transisi Morph ini memang sangat berguna untuk memberi kesan animasi pada gerakan perpindahan objek dengan lancar dari satu slide ke slide yang berikutnya secara halus.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat menghasilkan slide presentation yang menarik. Secara tidak langsung penyampaian pembelajaran akan lebih efektif dan efisien.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :