IDEO TUTORIAL: TUKAR “BACKGROUND GOOGLE”

Aktiviti terkini | 6 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Youtube merupakan salah satu laman web komunikasi awam di atas talian. Laman web ini telah direka khas untuk memuat naik rakaman video dan boleh dikongsikan bersama pengguna lain. Pengguna yang berdaftar boleh meletakkan apa sahaja rakaman video yang dikehendaki di laman web Youtube. Selain itu, mereka juga boleh menonton setiap video yang dimuat naik oleh pengguna-pengguna lain di laman tersebut. Youtube mengandungi pelbagai jenis video yang menarik dan unik untuk ditontoni. Namun begitu, video-video di dalam youtube tidak boleh dimuat turun secara terus. Pengguna hanya boleh muat turun apabila telah menambahkan extension ke dalam laman web tersebut. Oleh itu, Snappea.com adalah salah satu cara yang paling mudah untuk muat turun video daripada youtube tanpa perlu menambah extension pada chrome pengguna


Tujuan :
• Memberikan pendedahan cara muat turun video youtube menggunakan Snappea.com tanpa perlu menambah extension pada youtube
• Menerangkan cara muat turun video youtube dalam format mp3 dan mp4 menggunakan snappea.com
• Supaya komuniti dapat tahu cara yang mudah untuk muat turun video menarik dalam youtube menggunakan laman web snappea.com.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Mengenal pasti laman web yang mudah untuk muat turun video daripada youtube iaitu snappea.com
• Memahami cara untuk muat turun video daripada youtube dalam format mp3 atau mp4 menggunakan snappea.com


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PIK dapat muat turun video youtube dengan mudah tanpa perlu manambah extension menggunakan snappea.com
• Memupuk diri untuk belajar meneroka laman web yang lebih mudah dalam muat turun video daripada youtube.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :