VIDEO TUTORIAL: MENGHASILKAN TEKS BERGERAK SEPERTI LIVE STREAMING MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT

Aktiviti terkini | 2 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Internet Komuniti Terendak Permai dan “Facebook page” Pusat Internet Klebang besar.

Ringkasan Aktiviti :
Live streaming adalah kandungan video yang disiarkan secara langsung melalui internet dimana anda tidak perlu melakukan editing dan post-production. Pada musim pandemik ini, video secara live streaming ini semakin giat di laksanakan untuk menyampaikan pelbagai maklumat melalui platform media social. Teks bergerak di bahagian bawah video live streaming sering digunakan untuk memberi makluman tentang program yang sedang dilaksanakan. Namun begitu, teks bergerak ini agak sukar untuk dihasilkan bagi mereka yang tidak mahir. Oleh itu, terdapat satu lagi cara untuk menghasilkan teks bergerak di dalam slaid secara mudah hanya menggunakan animation dan transition di dalam microsoft power point.


Tujuan :
• Memberikan pendedahan cara menghasilkan teks bergerak pada slaid seperti live streaming hanya menggunakan Microsoft Power Point
• Menerangkan tentang features yang perlu digunakan dan langkah dalam menghasilkan teks bergerak seperti live streaming
• Supaya komuniti mempunyai ilmu pengetahuan dan lebih kreatif dalam menyampaikan pembentangan atau maklumat


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Mengenal pasti features yang perlu digunakan dalam Microsoft Power Point bagi menghasilkan teks bergerak seperti live streaming
• Memahami langkah-langkah secara terperinci bagi menghasilkan teks bergerak seperti live streaming


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PIK dapat menghasilkan video live streaming dengan baik dan kreatif walaupun hanya menggunakan slaid pembetangan daripada Microsoft Power Point
• Memupuk diri untuk menjadi lebih kreaftif dalam menghasilkan slaid pembentangan atau pembentangan maklumat melalui video.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :