SIARAN LANGSUNG:MENGENAL LOGO,TEMA DAN LAGU KEMERDEKAAN.

Aktiviti terkini | 28 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam iaitu bertajuk menggenal logo ,tema dan lagu kemerdekaan setiap tahun pada tanggal 31 Ogos.Di samping itu ,program ini adalah dibuat bersempena ambang kemerdekaan yang akan di sambut dalam beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 31 Ogos 2021.Terdapat banyak info yang menarik mengenai kemerdekaan.


Tujuan :
• Pengenalan kepada rakyat Malaysia bahawa setiap tahun akan adanya perbezaan dari segi logo,tema dan lagu kemerdekaan mengikut tahun.
• Memberikan infomasi mengenai negara Malaysia yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat.
• Menaikan semangat cinta akan tanah air serta semangat kemerdekaan di dalam jiwa masyarakat Malaysia.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini dibuat untuk menyemarakan sambutan ambang merdeka.
• Berkongsi idea serta pandangan mengenai logo, tema serta lagu kemerdekaan bersama pengikut “Facebook page” PIK Terendak Permai.
• Menambah ilmu pengetahuan kepada pengikut “Facebook page “ PIK Terendak Permai tentang negara Malaysia.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Program ini dilakukan secara atas talian dan boleh di lawati oleh semua orang dan boleh dilihat di “Facebook page” PIK Terendak permai.
• Dapat memberi kesedaran dalam diri masyarakat serta bersemangat untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia kali ke-64.
• Memupuk semangat golongan belia dalam menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan kaum supaya Negara Malaysia aman damai dan berpegang teguh kepada prinsip rukun negara.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :