SIARAN LANGSUNG: PENERANGAN TENTANG KORONAVIRUS

Aktiviti terkini | 17 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung penerangan tentang koronavirus adalah dibuat secara berkolaborasi yang melibatkan dua PIK iaitu PIK Terendak Permai dan PIK Klebang Besar.Penerangan koronavirus siaran langsung di “Facebook page” Pusat internet Komuniti Terendak dan “Facebook page” Pusat Internet Komuniti Klebang. Pengisian di dalam siaran langsung ini mengandung tiga aspek iaitu pengenalan koronavirus, vaksin serta SOP yang terkini sepanjang musim pandemik ini.


Tujuan :
• Menerangan kepada masyarakat tentang koronavirus ,vaskin dan SOP.
• Memberikan kesedaran dalam diri masyarakat tentang bahaya koronavirus ,,kepentingan mengambil vaksin serta mematuhi setiap SOP yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.
• Berkongsi pandangan serta cadangan supaya dapat mengurangkan jangkitan covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini dibuat secara atas talian yang melibatkan dua PIK.br> • Bekongsi pandangan serta cadangan antara PIK dalam mengenai isu koronavirus,vakisn serta SOP.br> • Sesi soal jawab antara PIK serta pengikut di “Facebook page” PIK


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Program ini boleh dilihat di mana-mana sahaja sama ada laptop ataupun telefon pintar dan boleh melihat ulangan sekiranya terlepas siaran langsung.
• Merapatkan lagi hubungan masyarakat dengan Pusat Internet komuniti.
• Mewujudkan kesedaran kepada semua masyarakat dengan menggunakan medium “Facebook LIVE” sebagai medium penyampaian dalam talian semasa musim pademik ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :