VIDEO TUTORIAL: PENGENALAN CARA MENGGUNAKAN APLIKASI BUNGKUSIT

Aktiviti terkini | 9 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian aplikasi bungkusit ini adalah dibuat melalui media social “Facebook page” Pusat Internet Terendak Permai. Perkongsian aplikasi adalah untuk semua pengikut “Facebook page” Pusat Internet Komuniti Terendak Permai.Perkogsian ini sangat berguna digunakan dalam masa pandemik ini.


Tujuan :
• Memperkenalkan kepada pengikut “facebook page” PIK Terendak Permai megenai aplikasi bungkusit ini.
• Memberikan peneragan cara-cara menggunakan aplikasi bungksuit ini.
• Pendedahan kepada Aplikasi bungkusit ini dapat memberikan banyak manfaat kepada pengikut “Facebook page” PIK Terendak Permai terutamanya musim pandemik covid-19.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Video tutorial dikongsi di “Facebook page” Terendak Permai.
• Memberikan pengenalan serta penggunaan aplikasi bungkusit menggunakan medium video animasi.
• Menggalakkan pengikut “Facebook page serta orang ramai mengunakan aplikasi ini untuk penghantaran barang ataupun membuat pesanan makanan.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Aplikasi ini sangat mudah digunakan kerana perlu muat turun sahaja “Play Store” ataupun “Apple Play Store.
• Memudahkan orang berurusan dari segi menghantar barang mahupun membuat pesanan.
• Membantu para perniaga dalam membuat penghantaran barangan kepada pelanggan mereka.
• Membuka perluang pekerjaan kepada orang ramai menggunakan aplikasi ini dalam bidang kurier.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :