COMMERCIAL CRIME INVESTIGATION DEPARTMENT (CCID)

Aktiviti terkini | 19 Jun 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Tujuan :
• CCID adalah satu portal yang membolehkan seseorang buat semakan status scammer/penipuan yang berkaitan dengan nombor akaun bank atau nombor telefon..
• Aplikasi ini membantu pengguna membuat semakan awal bagi mengelak menjadi mangsa scammer.
• Dengan melonjaknya perbankan online dan e-commerce makin ramai yang berurusan secara atas talian. Scammer pula makin licik memperdayakan pengguna. .
• Ia juga membantu orang ramai untuk mendapatkan pengesahan tentang panggilan yang diragui, sama ada panggilan yang mereka terima benar-benar daripada jabatan kerajaan atau daripada kegiatan penipuan.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu petugas PIK menyalurkan maklumat dan aduan khusus melibatkan jenayah komersial.
• Petugas PIK dapat mengajar cara menyemak laporan polis yang dibuat serta mendapatkan perkembangan kes khususnya jenayah sindiket seperti penyamaran Macau Scam, jenayah e-dagang, tipu pinjaman tidak wujud dan pemalsuan dokumen.
• Dapat membantu pelajar menyemak serta mendapatkan pengesahan berkenaan kes jenayah komersial.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :