CARA NAK PINDAHKAN DOKUMEN HARDCOPY MENJADI SOFTCOPY

Aktiviti terkini | 7 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Tujuan :
• Hardcopy adalah dokumen yang telah dicetak/print. Ia adalah kekal dan tidak boleh diedit. Contohnya dokumen yang dicetak di atas kertas.
• Manakala, salinan softcopy adalah dokumen yang disimpan pada komputer atau masih dalam bentuk data. Ia adalah versi elektronik dokumen, yang boleh dibuka dan diedit menggunakan program perisian.
• Dokumen sofcopy boleh dihantar melalui e-mel atau melalui sambungan rangkaian, yang menjadikan mereka pilihan yang lebih cekap dan kos efektif daripada menggunakan hardcopy untuk komunikasi


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu petugas PIK mencapai KPI Kelas ICT masing-masing kerana petugas PIK dikehendaki mengajar modul-modul ini kepada peserta.
• Dapat membantu petugas PIK mengedit dan mengubahsuai data dengan mudah dan dapat menyimpan data dalam pelbagai version.
• Petugas PIK dapat menyimpan data dan dokumen lebih selamat dari dimakan anai-anai dan dapat menjimatkan ruang penyimpanan berbanding dalam bentuk hardcopy.
• Dapat membantu pelajar menyimpan dokumen dengan lebih efektif dan selamat dan senang dibawa kemana-mana.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :