KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK SAHABAT BIJAK NEGERI MELAKA 2019

Aktiviti terkini | 27 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Seri Duyong

Tujuan :
• Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah.
• Memberi kesedaran kepada ibu, bapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.
• Memberi pendedahan literasi undang-undang kepada semua pihak berkaitan hukuman yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak.
• Mendedahkan kepada kanak-kanak, ibu, bapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang bentuk-bentuk bantuan yang berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak.
• Objektif Program ini adalah untuk memberi taklimat dan kesedaran dengan lebih dekat melalui info media massa terkini.
• Pelajar juga mendapat maklumat dalam bentuk poster, pameran dan pertunjukan melalui agensi-agensi kerajaan.
• Pelbagai aktiviti yang disokong untuk menjayakan program ini iaitu dengan mengadakan kuiz dan taklimat klik dengan bijak.
• Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang disediakan apabila bersedia.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu petugas PI mencapai KPI Kelas ICT masing-masing kerana petugas PI dikehendaki mengajar modul-modul ini kepada peserta.
• Dapat menambah keahlian PI yang sedia ada.
• Petugas PI berpeluang meningkatkan ilmu pengetahuan & kemahiran dari segi cara mengajar.
• Dapat mendekatkan diri dengan pelajar serta membantu pelajar untuk menggunakan alatan komputer yang serba baru dalam meningkatkan teknik mengajar yang lebih berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :