KLIK DENGAN BIJAK & KURSUS KEUSAHAWANAN ( E-REZEKI ) - MENJANA PENDAPATAN SECARA DI GITAL

Aktiviti terkini | 25 Julai 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Malaysia Terendak Permai

Tujuan :
Pengenalan mengenai program E-Rezeki dan klik dengan bijak. Cara-cara mencari pendapatan sampingan dan mengatasi masalah-masalah serta gejala-gejala negatif dalam penggunaan internet. Selain itu, pengenalan dan penerangan program lain juga diberikan seperti :-
• Mengeratkan Hubungan Antara Pi1m Dengan Komuniti Setempat.
• Erezeki, Peserta Akan Dilatih, Peroleh Kelayakan Dan Dipadankan Kepada Tugasan Yang Bersesuaian. Dengan Menyertai Program Ini, Peserta Akan Mendapat Peluang Bekerja Secara Sambilan Dan Memperoleh Pendapatan Tambahan. Tugasan-Tugasan Diperolehi Daripada Pasaran Antarabangsa Atau Syarikat Tempatan.
• Erezeki Adalah Inisiatif Digital Malaysia Yang Bertujuan Untuk Menghubungkan Golongan Berpendapatan Rendah Dengan Saluran Pendapatan Digital. Dengan Erezeki, Individu Diberi Latihan Untuk Melakukan Tugasan Digital Yang Bersesuaian Dan Menjadi Sebahagian Tenaga Kerja Digital Yang Berdaya Saing.


Kelebihan Aktiviti :
• Program Erezeki Bertujuan Memberi Peluang Kepada Rakyat Yang Berpendapatan Rendah Termasuk Penerima BR1M Untuk Menjana Pendapatan Tambahan Dengan Memanfaatkan Teknologi Digital Dan Peluang¬peluang Pendapatan Secara Digital.
• Program Erezeki Diperkenalkan Bagi Membolehkan Rakyat Terutama Daripada Kumpulan Isirumah Berpendapatan Rendah Untuk Mendapat Kesedaran, Pengetahuan Dan Seterusnya Mengambil Peluang Ini. Secara Ringkas, Pihak Kerajaan Mahu Memastikan Rakyat Disegenap Peringkat Dapat Mengambil Manfaat Daripada Hasil Pelaburan Dan Pembangunan Infrastruktur ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :