VIDEO TUTORIAL: “CARA BUAT SEMAKAN DAFTAR PEMILIH MELALUI MYSPR SEMAK”

Aktiviti terkini | 13 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.

Tujuan :
Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan kemudahan semakan menggunakan aplikasi mudah alih kepada orang awam untuk mengetahui status pendaftaran sebagai pemilih.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• MySPR Semak merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).
• MySPR Semak dapat membantu pemilih menyemak maklumat penting berkaitan proses pilihan raya.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat terutama mereka yang berumur 18 tahun ke atas untuk semak lokasi bagi membuang undi.
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat supaya dapat hadir ke pusat-pusat pengundian awal sekaligus gerak kerja pada hari tersebut akan menjadi semakin lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :