KELAS: “BELAJAR MENAIP”

Aktiviti terkini | 10 November 2022

Tempat Aktiviti:
“Pusat Ekonomi Digital PEDi Taman Terendak Permai”

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pelajar tentang ‘alat komunikasi’.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada pelajar kepentingan perlunya miliki kemahiran menaip. Kemahiran ini merupakan pengetahuan asas bagi individu sama ada pelajar sekolah, pelajar di institut pengajian tinggi, dan pekerja di dalam organisasi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kemahiran menaip merupakan kelebihan bagi mereka yang sentiasa menggunakan komputer di dalam urusan pekerjaan ataupun peribadi.
• Kebanyakan pengguna memang telahpun tahu menaip menggunakan papan kekunci, tetapi teknik menaip yang digunakan mungkin bukanlah teknik sebenar seperti yang sepatut dilakukan oleh jurutaip professional.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat menjimatkan masa sekiranya kelajuan menaip ditingkatkan daripada 30 perkataan seminit sehingga 60 perkataan seminit. Maka, separuh masa yang diperlukan untuk melakukan kerja yang sama berjaya dikurangkan.
• Petugas PEDi dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kepantasan menaip. Hal ini akan membantu mereka supaya lebih cekap, malah lebih fokus apabila melaksanakan sesuatu tugasan kerana proses kerja yang lebih terkawal dan sistematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :