KELAS: “BELAJAR JENIS-JENIS ALAT KOMUNIKASI”
Aktiviti terkini | 10 November 2022Tempat Aktiviti:
“Pusat Ekonomi Digital PEDi Taman Terendak Permai”
Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pelajar tentang ‘alat komunikasi’.
Tujuan :
• Mewar-warkan kepada pelajar kepentingan adanya alat komunikasi. Media komunikasi ini membantu kelangsungan hidup manusia. Tanpa adanya alat komunikasi, manusia tidak dapat memberikan informasi kepada orang lain dengan jarak yang jauh.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Ada pelbagai jenis alat komunikasi yang sudah digunakan namun perbezaannya adalah alat komunikasi zaman dahulu tidaklah secanggih alat komunikasi moden.
• Antaranya adalah radio, kentongan, loceng, television, telefon bimbit, komputer, majalah dan lain-lain lagi.
Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat berhubung dengan rakan-rakan yang jauh untuk berkomunikasi sekaligus dapat membantu mengeratkan silaturrahim dengan mereka yang tingal berjauhan.
• Petugas PEDi dapat membantu pelajar untuk lebih yakin diri dan cekap menggunakan teknologi pada masa ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :