VIDEO TUTORIAL: “CARA MENGGUNAKAN APLIKASI GETCONTACT”

Aktiviti terkini | 11 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa aplikasi Getcontact boleh mengenal pasti panggilan yang anda terima daripada nombor-nombor yang tidak didaftarkan dalam kenalan anda.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Getcontact merupakan sebuah aplikasi “Penyekat Spam” dan “Maklumat Pemanggil” yang hebat untuk anda.
• Getcontact menapis panggilan yang mengganggu dan hanya membenarkan orang yang anda pilih untuk berkomunikasi dengan anda.
• Getcontact memberitahu dengan segera sekiranya anda mendapat panggilan yang tidak diingini.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat setempat boleh mengidentifikasi dan menyekat nombor-nombor spam.
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat setempat menggunakan aplikasi ini supaya dapat menghindarkan diri dari panggilan palsu atau penipuan seperti scammer.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :