VIDEO TUTORIAL: “CARA TOPUP SHOPEEPAY”
Aktiviti terkini | 23 Janurai 2022Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai
Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.
Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa kini Shopee ada menyediakan sistem e-wallet atau dompet digital tersendiri iaitu ShopeePay.
ShopeePay hanya boleh digunakan untuk pembayaran rasmi Shopee atau ‘merchant’ yang bekerjasama dengan Shopee.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• ShopeePay ini memudahkan urusan refund seperti penjual batalkan order kerana tiada stok, ataupun barang sampai dalam keadaan yang rosak, maka dengan adanya ShopeePay ini akan memudahkan urusan duit terus dikreditkan ke dalam ShopeePay.
• Melalui ShopeePay, kita boleh juga transfer duit tersebut ke dalam akaun bank.
Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat setempat untuk mendapatkan ‘free shipping voucher’ atau ‘cashback’ apabila menggunakan ShopeePay sekaligus membantu mereka berjimat kerana kos penghantaran barang telah dibayar oleh pihak Shopee.
• Masyarakat setempat boleh membeli barang di Shopee sangat mudah kerana dengan klik beberapa kali saja pembayaran sudah selesai berbanding guna internet banking.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :