VIDEO TUTORIAL: “CARA UNTUK BELI EMAS PUBLIC GOLD- GAP”
Aktiviti terkini | 9 Janurai 2022Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai
Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.
Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa beli emas melalui GAP Public Gold adalah program menabung emas fizikal pertama di Asia yang memudahkan penyimpan emas mengumpul emas dengan modal rendah iaitu minimum RM 100 iaitu membeli emas berketulenan 999.9 atau 24K khas untuk pelaburan secara sedikit demi sedikit.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Harga emas GAP Public Gold adalah harga emas paling murah kerana bebas GST dan harga emas yang berbentuk akaun emas namun boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
• Emas dalam akaun GAP boleh dijual secara online 24 jam dengan mudah dan selamat.
• Penyimpanan emas dalam akaun GAP tiada tarikh luput atau had masa dan tiada had jumlah simpanan emas.
Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat setempat untuk mula menyimpan emas serendah RM 100 kerana ini adalah pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.
• Masyarakat setempat boleh menyimpas emas sebanyak mana yang mereka mahukan tanpa berasa bimbang dan takut berlakunya kecurian sekiranya menyimpan emas sendiri di dalam rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :