KELAS: “PERMAINAN KEYBOARD CHALLENGE”

Aktiviti terkini | 3 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
“Pusat Ekonomi Digital PEDi Taman Terendak Permai”

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pelajar tentang kebaikan permainan ‘Keyboard Challenge’.

Tujuan :
• Mewar-warkan kepada peserta permainan ‘Keyboard Challenge’ ini akan membantu peserta meningkatkan lagi kemahiran mengingat peserta.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta diminta untuk menyusun semula huruf, dan angka ditempat asal pada papan kekunci.
• Jika peserta salah menyusun huruf dan angka tersebut, peserta dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan tentang komponen komputer.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat mengingat setiap kedudukan huruf dan angka di papan kekunci. Hal ini akan membantu pelajar cekap menggunakan papan kekunci pada masa akan datang.
• Petugas PEDi dapat membantu pelajar untuk lebih yakin diri dan cekap menggunakan teknologi pada masa ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :