VIDEO TUTORIAL: CARA MEMBUAT JANJITEMU SECARA ATAS TALIAN DI CAWANGAN POS MALAYSIA BERHAD

Aktiviti terkini | 8 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian cara membuat janjitemu secara atas talian di cawangan Pos Malaysia Berhad ini adalah dibuat melalui media social “Facebook page” Pusat Internet Terendak Permai yang boleh dipraktikkan oleh penduduk setempat


Tujuan :
• Tujuan perkongsian ICT ini adalah untuk memperkenalkan penduduk setempat tentang aplikasi Pos Malaysia.
• Memberikan penerangan cara-cara menggunakan aplikasi Pos Malaysia ini.
• Perkongsian ini dapat memudahkan urusan penduduk setempat untuk membuat temujanji sebelum ke pejabat pos bagi mengelakkan kesesakan terutama pada musim PKP ini.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aplikasi ini memudahkan pengguna untuk menjejak penghantaran, mengira harga penghantaran pos, mencari poskod, gunakan fungsi Track & Trace untuk mencari penghantaran atau pesanan, dapatkan Nota e-Konsainan, mencari kedai Pos Malaysia serta terkini membuat janjitemu untuk urusan JPJ dan memperbaharui lessen kenderaan.
• Aplikasi telah dibangunkan oleh Pos Malaysia dan telah berada di Playstore sejak 2016.


Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan urusan di kaunter pejabat pos. • Dapat membantu penduduk setempat memudahkan urusan dari segi penghantaran barang kerana aplikasi Pos Malaysia juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti E- Konsainan.
• Petugas PIK dapat membuat urusan terlebih dahulu tanpa perlu bersesak-sesak dengan orang awam.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :