VIDEO TUTORIAL: “CARA SEMAK PENYATA TABUNG HAJI MELALUI GO BY BANK ISLAM”

Aktiviti terkini | 25 November 2021

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.


Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa GO by Bank Islam ini membolehkan pengguna mengakses akaun perbankan dan melakukan transaksi ‘Favourite’ yang telah pengguna daftarkan melalui Perbankan Internet Bank Islam.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• GO by Bank Islam adalah aplikasi perbankan mudah alih yang ditawarkan oleh Bank Islam yang membolehkan anda mengakses akaun Bank Islam dan melaksanakan perkhidmatan tertentu dengan cepat dan selamat melalui peranti mudah alih anda 24 jam sehari.
• Ciri-ciri asas GO by Bank Islam adalah pindahan dana dan pembayaran bil, dan telah ditambahbaik untuk turut menyokong urusan dengan Lembaga Tabung Haji (TH), kemudahan DuitNow, dan JomPay.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat setempat membuat pendaftaran GO by Bank Islam ini terutama mereka yang kurang celik IT.
• Masyarakat setempat boleh menyemak baki dan penyata di dalam akaun Tabung Haji hanya menggunakan Go by Bank Islam.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :