VIDEO TUTORIAL: “CARA UNTUK DAFTAR AKAUN MAE UNTUK PENGGUNA MAYBANK2U”
Aktiviti terkini | 21 November 2021Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai
Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.
Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa MAE ini menggunakan kaedah pembayaran “cashless”.
• Memberi pendedahan kepada pengguna dengan adanya akaun MAE ini akan memudahkan urusan transaksi perbankan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• MAE adalah singkatan kepada Maybank, Anytime, Everyone.
• Aplikasi ini mampu menguruskan hal kewangan harian, termasuk menabung, mengenal pasti perbelanjaan dan mempunyai kebolehan e-dompet.
• Menariknya mengenai MAE ini adalah ia boleh digunakan oleh semua pengguna walaupun seseorang itu tidak mempunyai akaun Maybank.
• Pengguna boleh menggunakan MAE untuk melakukan pembayaran seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QRPay.
Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat setempat membuat pendaftaran akaun MAE ini terutama mereka yang kurang celik IT.
• Memupuk komuniti supaya menggunakan dompet digital ini iaitu MAE untuk memudahkan transaksi harian.
• Memberikan ilmu kepada masyarakat setempat berkaitan fungsi dan kepentingan akaun MAE ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :