BELAJAR CARA MENYALIN TEKS GUNA GOOGLE LENS

Aktiviti terkini | 23 Mei 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Tujuan :
• Google Lens boleh dikatakan salah satu inovasi google yang cukup baru iaitu teknologi pengecaman gambar dan satu aplikasi yang penting apabila kita mengetahui semua fungsinya, kerana kita dapat menggunakannya dalam konteks yang berbeza.
• Google Lens dapat digunakan untuk menterjemahkan teks, mengimbas kod bar, mengesan makanan, tempat membeli-belah dan maklumat lain yang berkaitan dengan imej yang kita ambil. Salah satu fungsi Google Lens adalah kita dapat menyalin teks dari gambar.
• Oleh itu, aktiviti ini memberikan pendedahan kepada peserta untuk menyalin sesuatu teks lebih efisen serta cepat dan mengambil masa yang singkat untuk siapkan sesuatu tugasan.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu petugas PIK mencapai KPI Kelas ICT masing-masing kerana petugas PI dikehendaki mengajar modul-modul ini kepada peserta.
• Dapat membantu petugas PIK menyalin teks bergambar dengan mudah untuk mempercepatkan proses kerja mereka.
• Petugas PI tidak perlu bersusah payah menaip satu per satu perkataan apabila membuat sesuatu tugasan, kerana hanya dengan google lens, petugas PIK hanya perlu scan imej yang dikehendaki dan paste di tempat yang kita nak simpan.
• Dapat membantu pelajar membuat kerja lebih efisien, di mana mampu memberikan penyelesaian cepat agar tidak membuang-buang waktu, tenaga, mahupun hal lain.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :