U-DICTIONARY

Aktiviti terkini | 25 Jun 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Tujuan :
• U-dictionary adalah kamus offline dan online yang ringan dan mudah untuk digunakan dalam pembelajaran. Bukan sahaja Bahasa Inggeris, tetapi juga bahasa Mandarin, Jepun, Vietnam dan banyak lagi.
• Selain menjadi penterjemah mesin, ia mempunyai banyak ciri yang dapat membantu anda belajar dari perbendaharaan kata, pengucapan, sinonim dan antonim, kuiz dan lain-lain. Kamus ini dilengkapi banyak menu menarik agar pembelajaran tidak cepat bosan.
• Terdapat banyak video maya yang kandungannya membincangkan bahasa, dengan penyampaian yang tidak kalah hebatnya kerana anda dijamin dapat menangkap pengetahuan dengan cepat.
• Permainan pendidikan juga dipersembahkan dalam bentuk kreatif, semakin banyak anda kalah, anda akan semakin sukar untuk memainkan semula permainan ini.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu petugas PIK mencapai KPI Kelas ICT masing-masing kerana petugas PI dikehendaki mengajar modul-modul ini kepada peserta.
• Dapat membantu petugas PIK mencari makna dengan mudah untuk mempercepatkan proses kerja mereka.
• Petugas PIK tidak perlu bersusah payah untuk menggunakan kamus yang biasa kerana dengan u-dictionary ini kerja yang sukar menjadi lebih mudah.
• Dapat membantu pelajar membuat kerja lebih efisien, di mana mampu memberikan penyelesaian cepat agar tidak membuang-buang waktu, tenaga, mahupun hal lain.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :