KAEDAH PEMBELAJARAN WHEEL OF NAMES

Aktiviti terkini | 24 Jun 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Tujuan :
• Wheel of names adalah satu putaran roda yang membantu seseorang untuk membuat pilihan ataupun keputusan secara rawak.
• Kita boleh letak apa-apa input di dalam roda tersebut dan wheel of names ini sangat mudah untuk digunakan. Alat ini sesuai digunakan di dalam kelas, pejabat, untuk games dan bermacam-macam lagi.
• Oleh itu, aktiviti ini memberikan pendedahan kepada peserta bahawa ada dalam beberapa keadaan otak tidak mampu untuk membuat keputusan dan kenapa tidak kita berikan peluang kepada roda itu untuk membuat keputusan kecil untuk kita.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu petugas PIK menggunakan kaedah ini dalam pembelajaran bersama dengan peserta PIK pada masa akan datang.
• Petugas PIK tidak perlu ambil masa terlalu lama untuk membuat sesuatu keputusan.
• Dapat membantu pelajar membuat kerja lebih efisien, di mana mampu memberikan penyelesaian cepat agar tidak membuang-buang waktu, tenaga, mahupun hal lain.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :