PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM DUNIA SIBER
Aktiviti terkini | 14 Jun 2021Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai
Tujuan :
• Perlindungan kanak-kanak dalam dunia siber adalah cabaran besar yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa dari serata dunia.
• Dengan teknologi dalam talian yang sedia ada ini memang tidak dinafikan dapat membantu proses pengumpulan maklumat dengan lebih pantas.
• Informasi, maklumat, berita semuanya berada di hujung jari tidak kira di mana kita berada. Namun begitu, dunia tanpa sempadan ini turut menjadi ancaman kepada perlindungan kanak-kanak terutama yang terdedah kepada pornografi, buli siber dan pencurian identiti.
• Bimbingan dan pemantauan daripada keluarga, penjaga, guru dan masyarakat adalah amat penting bagi membanteras gejala ini.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu peserta mempelajari mengenai pemangsa dalam talian, karakter dan cara menyediakan diri dengan pengetahuan berkaitan untuk berdepan serangan pemangsa.
• Petugas PI dapat membantu pelajar membuat aktiviti hiburan pendidikan berkaitan keselamatan dalam talian menerusi suasana pembelajaran menyeronokkan.
• Dapat membantu pelajar membezakan antara kebaikan dan keburukan Internet seperti mempelajari cara mengenal pasti mesej kebencian dan memilih sikap positif di alam maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :