CARA ISI BORANG CONSIGNMENT DENGAN APLIKASI POS MALAYSIA

Aktiviti terkini | 16 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Terendak Permai

Tujuan :
• E-Nota Konsainan adalah sistem elektronik layan diri yang membolehkan pelanggan membuat nota konsainan Pos Laju dengan mudah menggunakan aplikasi mudah alih Pos Malaysia Mobile App.
• Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengguna semula maklumat penerima lepas daripada 'saved address' untuk penghantaran yang banyak atau berulang.
• Proses cetakan juga mudah, terutama untuk penghantaran pukal, pelanggan hanya perlu membuat bayaran setelah semua proses selesai selain boleh jejak dan kesan barang pos dengan mudah menggunakan telefon bimbit.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu petugas PIK mencapai KPI Kelas ICT masing-masing kerana petugas PIK dikehendaki mengajar modul-modul ini kepada peserta.
• Petugas PIK dapat menghebahkan aplikasi Pos Malaysia ini kepada masyarakat setempat bagi memudahkan urusan mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan kurier ini .
• Dapat membantu peserta memudahkan kerja-kerja penghantaran barang jika penghantaran barang secara pukal.
• Dapat membantu peserta menjejak dan kesan di mana item mereka dengan mudah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :