VIDEO TUTORIAL: “CARA UNTUK MEMOHON STIKER RFID TOL DI APLIKASI TNG EWALLET”

Aktiviti terkini | 19 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
“Facebook page” Pusat Ekonomi Digital PEDi Terendak Permai

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Terendak Permai.


Tujuan :
• Mewar-warkan kepada orang ramai bahawa RFID tol bakal dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari 2022.
• Memberi pendedahan kepada pengguna dengan aplikasi TNG eWallet, pendaftaran untuk RFID menjadi lebih mudah.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• RFID adalah singkatan kepada Radio Frequency Identification.
• RFID ialah sistem pembayaran tol secara elektronik yang diperkenalkan oleh Touch n Go dengan hanya menggunakan pelekat atau sticker pada kereta.
• Menariknya mengenai RFID ini anda boleh menambah nilai menerusi dalam talian sahaja dengan menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan.
• Pelekat tag RFID ini mempunyai cip frekuensi radio dalaman yang perlu dilekatkan pada badan kereta anda sama ada pada cermin depan atau lampu utama kenderaan.
• RFID hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan yang berdaftar sahaja memandangkan pelekat atau sticker RFID perlu dilekatkan pada badan kenderaan.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Petugas PEDi dapat membantu masyarakat setempat membuat pendaftaran RFID ini terutama mereka yang kurang celik IT.
• Memupuk komuniti supaya menggunakan RFID tol ini untuk melancarkan perjalanan di lebuhraya dan mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :