Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan ( E-Rezeki )
14, 15 & 22 Mac 2019 | Sabtu
9.00 pagi – 5.00 petang | Pusat Internet Taman Terendak Permai, Melaka
Tujuan:
• Mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat.
• rezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian.
Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan.
Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.
• Erezeki adalah inisiatif digital malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan
saluran pendapatan digital. Dengan erezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan
menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.
Kelebihan:
• Program Erezeki bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima br1m untuk menjana pendapatan tambahan dengan
memanfaatkan teknologi digital dan peluang¬peluang pendapatan secara digital.
• Program Erezeki diperkenalkan bagi membolehkan rakyat terutama daripada kumpulan isirumah berpendapatan rendah untuk mendapat kesedaran,
pengetahuan dan seterusnya mengambil peluang ini. secara ringkas, pihak kerajaan mahu memastikan rakyat disegenap peringkat dapat mengambil
manfaat daripada hasil pelaburan dan pembangunan infrastruktur ICT.
Penglibatan:
Para peserta.
Aktiviti Berkaitan:
Aktiviti latihan keusahawanan menyediakan pakej untuk bumiputera memperlengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.
Kursus ini memberi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: